PLUS lantik Kang Yew Jin sebagai Ketua Pegawai Teknologi | DagangNews Skip to main content

PLUS lantik Kang Yew Jin sebagai Ketua Pegawai Teknologi


PETALING JAYA 2 Julai - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan pelantikan Kang Yew Jin sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) baru yang dilihat sebagai langkah strategik mendorong matlamat syarikat memanfaatkan penggunaan data raya dalam operasi hariannya, dan meneruskan kejayaan mereka sebagai penerima Anugerah Transformasi Digital IDC 2020.

 

Yew Jin merupakan lulusan Kejuruteraan Komputer dari University of New South Wales, berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengasimilasikan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam industri perbankan dan telah menerima pelbagai pengiktirafan.

 

Ini termasuk PIKOM CIO of the Year 2015, CIO 100 Index Award for Growth Category awarded to the Hong Leong Bank’s PEX capabilities in 2016, The Asian Banker Technology Innovation Award 2016 for Cloud based Project, IDC Financial Insights Innovation Award, 2015 and 2016, and IDG’s Top 50 ASEAN CIOs in 2019 and 2020.

 

Sebelum bersama PLUS, Yew Jin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Bahagian Digital dan Pencetakan Kumpulan Media Star.

 

“Saya berasa sangat teruja kerana dapat berkhidmat dengan PLUS kerana ia memberikan peluang kepada saya untuk menyumbang ke arah penambahbaikkan pemodenan aset ikon negara serta melihat bagaimana penggunaan teknologi dan data dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemampuan lebuhraya tol terbesar di Malaysia.

 

"Penggunaan teknologi dalam rutin harian amatlah tinggi, dipelepori oleh tenaga kerja yang sentiasa mencari jalan untuk terus mendigitalkan operasi dan sentiasa berfikiran kehadapan. Saya bersemangat untuk menyumbang tenaga bagi memastikan PLUS meningkatkan penggunaan teknologi seperti cloud, AI dan penggunaan aplikasi sokongan demi membina ekosistem lebuhraya masa depan," ujarnya Kang Yew.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pelantikan Yew Jin selaras dengan
hasrat PLUS untuk terus berusaha meningkatkan penggunaan aplikasi data raya dalam memperbaiki dan melancarkan operasi di masa hadapan. - DagangNews.com