PM dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi | DagangNews Skip to main content

PM dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi

PUTRAJAYA 4 Julai - Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin yang telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

 

"Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena. Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

 

"Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi. Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau," kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com