Portfolio aset industri Axis REIT berkembang pantas - MIDF | DagangNews Skip to main content

Portfolio aset industri Axis REIT berkembang pantas - MIDF

Axis REIT

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 16 Mac. - Portfolio aset industri syarikat Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) dilihat berkembang dengan pantas selepas memperoleh aset baharu di Pasir Gudang, Johor.

 

MIDF Research berkata, pemerolehan aset kedua bagi tahun 2021 itu memberi pandangan dan penilaian positif untuk syarikat berkenaan.

 

"Perolehan aset industri di Johor adalah perolehan aset kedua Axis REIT bagi tahun 2021 selepas membeli aset industri di Bukit Raja pada awal Mac baru-baru ini.

 

"Kami melihat pemerolehan aset ini secara positif kerana ia membolehkan syarikat Axis REIT mengembangkan portfolio aset industri dengan pantas.

 

"Hasil kasar sebanyak 6.5% dilihat menarik serta seiring dengan sejarah pemerolahan syarikatnya," jelas MIDF Research.

 

Aset industri di Pasir Gudang itu diperoleh daripada Xin Hwa Trading & Transport Sdn. Bhd. dengan nilai pertimbangan sebanyak RM75 juta.

 

Aset berkenaan menempatkan gudang terpisah dan bangunan tiga tingkat.

 

Hartanah berkenaan disewa oleh Xin Hwa Trading & Transport Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo, kontena selain perkhidmatan pergudangan dan pengedaran.

 

Pemerolehan tersebut dijangka selesai pada separuh pertama 2021.

 

Tambah MIDF Research, pihaknya mengekalkan saranan 'beli' saham Axis REIT di samping membuat semakan semula terhadap harga sasaran sesaham (TP).

 

TP terbaharu disemak lebih tinggi iaitu RM2.04 berbanding RM1.98 pada sebelumnya. - DagangNews.com