Pos Malaysia lantik bekas CEO DHL sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu | DagangNews Skip to main content

Pos Malaysia lantik bekas CEO DHL sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pos Malaysia Bhd melantik Charles Brewer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos 2021.

 

Brewer memiliki banyak pengalaman dalam perkhidmatan logistik dan pos, memulakan kerjayanya dengan DHL pada 1984 sebagai kurier serta menghabiskan usia selama 34 tahun dengan DHL melalui pelbagai peranan.

 

"Beliau telah mengetuai operasi untuk gergasi logistik global di beberapa negara termasuk di Malaysia antara 2004 dan 2006 sebagai CEO DHL Express," kata Pos Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.


 

charles Brewer
Charles Brewer

 

Pengerusi Pos Malaysia, Datuk Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar, berkata beliau percaya pengalaman global dan pengetahuan luas Brewer mengenai pasaran Asia adalah sangat baik bagi Pos Malaysia.

 

"Brewer membina kekuatan bagi memahami keperluan pelanggan serta kecekapan perkhidmatan, kedua-dua tonggak perniagaan yang bersemuka dengan pelanggan.

 

"Secara kritis, Brewer juga mempercayai pembabitakn pekerja sebagai salah satu alat untuk mencapai sasaran strategik organisasi," katanya. - DagangNews.com