PPV Pikas perlu diaudit dengan ketat sebelum beroperasi - MITI | DagangNews Skip to main content

PPV Pikas perlu diaudit dengan ketat sebelum beroperasi - MITI

PPV Pikas kedua di Johor yang memulakan operasi pada 28 Jun baru-baru ini.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 21 Julai - Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) perlu melalui proses audit yang ketat sebelum dibenarkan beroperasi.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, proses audit berkenaan dijalankan oleh pihaknya termasuk Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

 

"Setiap PPV di bawah #PIKAS perlu melalui audit yang ketat oleh MITI & CITF terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

 

"Setakat ini terdapat 32 PPV #PIKAS yang beroperasi," jelas MITI dalam satu ciapan di laman Twitternya hari ini.

 

.

 

Dalam ciapan sama, MITI turut memuat naik paparan video yang menunjukkan proses audit dan kelancaran pelaksanaan vaksinasi di bawah Pikas.

 

Antara PPV Pikas yang disenaraikan dalam video tersebut adalah PPV Pikas Texas Instrument Malaysia Sdn. Bhd (Selangor), PPV Pikas Malaysia International Trade and Exhibition Centre, MITEC (Kuala Lumpur), PPV Pikas Putrajaya International Convention Centre, PICC (Putrajaya) dan lain-lain lagi termasuk Sabah.

 

Hingga hari ini, seramai 230,090 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Pikas.

 

Jumlah berkenaan melibatkan 14,933 syarikat yang berdaftar melalui program vaksinasi berkenaan. - DagangNews.com