Prestasi Dayang Enterprise diunjur stabil pada 2023 didorong pertambahan jumlah kontrak, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Prestasi Dayang Enterprise diunjur stabil pada 2023 didorong pertambahan jumlah kontrak, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Feb - Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan prestasi Dayang Enterprise Holdings Berhad kekal stabil pada 2023 didorong pelbagai faktor termasuk pertambahan jumlah kontrak daripada syarikat minyak utama.

 

Firma itu berkata, ia juga disokong oleh peningkatan nilai kontrak kerja secara menyeluruh untuk semua rantaian nilai pembekal perkhidmatan sebanyak lebih daripada 15% untuk kerja penyelenggaraan, pembinaan serta pengubahsuaian (MCM) dan sambungan dan pentauliahan (HUC).

 

Firma itu juga meningkatkan unjuran kadar penggunaan kapal campuran dan peningkatan kadar sewa harian (DCR) untuk Perdana Petroleum pada FY23.

 

"Kumpulan itu juga akan memberi fokus untuk mengekalkan keuntungan Perdana Petroleum pada FY23 dan kami melihatnya sebgai strategi yang sangat positif.

 

"Kami percaya 2023 akan menjadi tahun cemerlang bagi penyedia perkhidmatan minyak dan gas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu merekodkan untung bersih sebanyak RM15.56 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 daripada kerugian bersih RM288.49 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
 

Bagaimanapun, bagi perbandingan suku ke suku, keuntungan itu menyusut 71% daripada RM52.9 juta yang direkodkan pada suku ketiga.

 

BACA JUGA: Pemulihan kontrak kerja bantu Dayang kembali catat untung RM124.24 juta bagi FY22

 

Firma itu berkata, untung teras kumpulan itu menyusut sebanyak 79% dari suku thaun ke suku tahun akibat tempahan kerja yang lebih rendah disebabkan mosun bermusim dan kadar penggunaan armada campuran yang lebih rendah sebanyak 54% pada 4QFY22 berbanding 80% pada 3QFY22.

 

Katanya, untung teras dari tahun ke tahun kumpulan itu menyusut sebanyak 71% walaupun kadar penggunaan armada gabungan lebih tinggi sebanyak 54% pada 4QFY22 (berbanding 38% pada 4QFY21) dan ini disebabkan kesan asas yang tinggi pada 4QFY21 dengan pengiktirafan pembinaan Dayang Topaz.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.87 sesaham. - DagangNews.com