Pro-Net ambil alih pengurusan jenama EV Proton e.MAS | DagangNews Skip to main content

Pro-Net ambil alih pengurusan jenama EV Proton e.MAS

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pro-Net mengambil alih pengurusan jenama e.MAS, penambahan terbaharu kepada portfolio kenderaan elektrik (EV) anak syarikat Proton itu, susulan pelancaran rasmi jenama e.MAS pada 12 Jun 2024.

 

Pro-Net diberikan tanggungjawab penting dalam pembangunan e.MAS dalam pengukuhan pasaran sekaligus bersiap sedia untuk pelancaran produk yang akan datang.

 

Tanggungjawab itu termasuk merekrut sebuah pasukan berdedikasi, menubuhkan rangkaian pengedar serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengecasmemastikan ekosistem EV berjalan dengan lebih lancar.

 

Pro-Net bersiap sedia menerajui jenama Proton e.MAS berdasarkan rekod prestasi pelancaran smart #1 yang kini pesaing utama dalam segmen SUV Premium.

 

Dalam satu kenyataan, Proton e-MAS akan melancarkan pengenalan smart #3 yang akan datang.

 

Pro-Net pastikan kejayaan Proton e.MAS dilihat sebagai model jenama smart dalam lanskap EV dengan memanfaatkan rangkaiannya yang kukuh, pengembangan platform digital dan membawa kepakaran EV.

 

 

proton

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, yakin terhadap keupayaan Pro-Net.

 

"Kepakaran yang dibangunkan oleh Pro-Net sepanjang dua tahun lepas meletakkan kami dalam kedudukan yang unik bagi mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan hadapan dalam industri EV di Malaysia.

 

Bakal pelanggan kami bukan sahaja akan manfaatkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh, malah, mempunyai pengalaman premium disediakan kepada pemilik kenderaan smart." kata beliau.

 

Sempena pelancaran, Pro-Net melancarkan pertandingan meneka jenama baharu yang disertai sebanyak 25,000 peserta.

 

Pro-Net mengumumkan Puteri Hanna Batrisha sebagai johan bernilai RM5,000. Manakala, naib johan dengan nilai RM1,500 dimenangi oleh Noor Hidayah dan hadiah ketiga RM1,000 dimenangi oleh Ahmad Norrizzuan.

 

Selain itu, Proton e.MAS kini aktif dengan nama pengguna "Proton e.MAS Cars" di Facebook dan Xiaohongshu. "@protonemasofficial" di Instagram dan TikTok. - DagangNews.com