Program Bantuan Bakul Makanan disalur kepada semua Ahli Parlimen hari ini | DagangNews Skip to main content

Program Bantuan Bakul Makanan disalur kepada semua Ahli Parlimen hari ini


PUTRAJAYA 1 Julai - Pejabat Perdana Menteri memberitahu, peruntukan RM300,000 program Bantuan Bakul Makanan telah disalurkan kepada ahli Parlimen bermula hari ini.

 

Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini.

 

"Susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) olehPerdana Menteri pada 28 Jun 2021, program Bantuan Bakul Makanan sedia ada akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.

 

"Tambahan program ini yang melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM300,000 diberikan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.

 

"Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara," kata Pejabat Perdana Menteri. - DagangNews.com