Program Jaringan Prihatin dilanjutkan sehingga 30 September – MCMC | DagangNews Skip to main content

Program Jaringan Prihatin dilanjutkan sehingga 30 September – MCMC

CYBERJAYA 25 Ogos - Program Jaringan Prihatin yang dilancarkan pada Mei lepas khusus untuk golongan B40 akan dilanjutkan sehingga 30 September ini, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata program itu memberi bantuan sebanyak RM180 atau RM300 kepada kumpulan berkenaan untuk membolehkan mereka memiliki telefon pintar atau menikmati pelan jalur lebar internet.

 

“Ini bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan dalam gelombang pendigitalan ke arah ekonomi digital,” menurut suruhanjaya itu yang mengumumkan perkara itu menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

 

Dilancarkan kerajaan dengan peruntukan RM3.5 bilion, Jaringan Prihatin adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Belanjawan 2021 dan ditambah baik di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).


 

yt



Pendaftaran bagi penerima yang layak pada awalnya  dibuka dari  5 Mei  sehingga 31 Julai menerusi 12 syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo. - DagangNews.com