Promosi Pos Laju SendParcel RM5 untuk 5kg bagi penghantaran domestik bermula hari ini | DagangNews Skip to main content

Promosi Pos Laju SendParcel RM5 untuk 5kg bagi penghantaran domestik bermula hari ini

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 3 Nov - Pos Malaysia kembali dengan promosi Pos Laju SendParcel RM5 untuk 5kg kini untuk pelanggan yang ingin membuat penghantaran domestik bermula hari ini hingga 31 Disember.

 

Untuk menikmati tawaran itu, pelanggan hanya perlu menambah nilai akaun RM1,000 dan ke atas manakala pelanggan baharu, layari layari sendparcel.poslaju.com.my untuk membuka akaun.

 

Pilih salah satu daripada lapan pakej yang ditawarkan seperti penghantaran pukal domestik dan antarabangsa, perkhidmatan kutipan berjadual yang mudah, integrasi bersama platform eDagang dan banyak lagi. 

 

Drop-off bungkusan juga boleh didapati di lebih 1,000 titik sentuh (touchpoint) seluruh negara.

 

“Malaysia mempunyai lebih daripada 1.7 juta PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dan PKS mikro dan penggunaan platform digital seperti Pos Laju SendParcel dapat membantu para usahawan tempatan untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan di Malaysia. 

 

"Melalui promosi ini dan manfaat lain yang ditawarkan Pos Laju SendParcel, hasrat kami adalah menyediakan perniagaan-perniagaan dengan nilai terbaik bagi penghantaran pukal dan menggalakkan mereka untuk beralih kepada perkhidmatan digital, selaras dengan inisiatif Shop Malaysia Online dan GoeCommerce Onboarding oleh kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi Pos Laju SendParcel RM5 Untuk 5kg, sila layari https://sendparcel.poslaju.com.my/open/page/faq#what-is-pos-laju-sendparcel-rm-5-for-5-kg-promo.-DagangNews.com