Prospek pendapatan HPP diunjur lebih lemah kesan penurunan permintaan terhadap produk penggunaan E&E, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Prospek pendapatan HPP diunjur lebih lemah kesan penurunan permintaan terhadap produk penggunaan E&E, kata CGS-CIMB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - CGS-CIMB Research mengunjurkan prospek pendapatan yang lebih lemah untuk HPP Hodings Berhad kesan penurunan permintaan untuk produk pengguna elektrik dan elektronik (E&E).

 

Firma itu berkata, penurunan permintaan berkemungkinan disebabkan tekanan inflasi tinggi dan ia membentuk 63% daripada hasil kumpulan pada FY22. 

 

Firma itu berkata, margin keuntungan daripada kos input hyalan yang lebih rendah boleh dihadkan keranan kumpulan itu tidak mempunyai kuasa harga dan ini dibuktikan oleh pemotongan harga jualan kepada pelanggan.

 

"Kami menyemak turun unjuran pendapatan sesaham (EPS) kumpulan bagi FY23-FY25 antara 30.8% hingga 31% bagi menggambarkan permintaan produk E&E yang lemah.

 

"Kami menurunkan penarafan kumpulan daripada 'tambah' kepada 'pegang' dengan harga sasaran 32 sen sesaham kesan prospek pendapatan yang lebih lemah berikutan permintaan yang merosot untuk pembungkusan kertas dalam sektor E&E disebabkan permintaan yang lebih rendah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, hasil dan untung teras bersih kumpulan itu bagi 3QFY23 masing-masing turun 21.4% dan 35.2% dari bulan ke bulan.

 

Katanya, jualan merentas tiga segmen produk utamanya juga jatuh, menunjukkan trend permintaan yang semakin lemah untuk pembungkusan kertasnya, berpotensi disebabkan oleh permintaan pengguna yang berkurangan di industri pengguna akhirnya.

 

"Namun begitu, margin untung kasar meningkat kepada 21.12% atas kos bahan mentah yang lebih rendah (iaitu kertas)," katanya. - DagangNews.com