Proton Saga kini turut dijual di Pakistan | DagangNews Skip to main content

Proton Saga kini turut dijual di Pakistan


SHAH ALAM 10 April – Proton menambah pasaran antarabangsa dalam portfolio Proton Saga apabila model jualan terlaris syarikat membuat kemunculan sulungnya di Pakistan awal bulan ini.

 

Saga yang telah diberi perubahan ketara pada 2019, kini terdapat di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.

 

Proton Saga di pasaran Pakistan terdiri daripada tiga jenis, Saga MT, Saga AT dan Saga Ace AT. Selain itu, 100 unit Proton Saga R3 Edisi Terhad juga ditawarkan dengan pilihan transmisi MT atau AT. Cabutan bertuah akan diadakan dan bakal pembeli diminta mendaftarkan minat sebelum 16 April.

 

Pelancaran produk telah diadakan secara dalam talian dan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim. Dalam ucapan semasa pelancaran, Pesuruhjaya Tinggi berharap agar operasi PROTON di Pakistan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Malaysia dan Pakistan.

 

 

potong

 

 

Selepas pelancaran Proton X70 pada Disember tahun lalu, Saga merupakan model kedua yang ditawarkan di negara ini. Kini, semua kenderaan dibekalkan dari Malaysia sebagai unit CBU tetapi rakan kongsi syarikat, Al-Haj Automotive, akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang barunya di Karachi pada suka ketiga 2021. Dengan kapasiti yang dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang ini mampu meningkatkan jualan Proton dengan cepat dalam pasaran ini yang penuh dengan potensi untuk berkembang.

 

Hilal Khan Afridi, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, yakin bahawa pelanggan Pakistan akan berminat dengan jenama Proton dan produknya. “Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjayakan Proton Saga di negara ini dengan serta-merta. Kereta ini pasti menonjol kerana kebolehpercayaan, ketahanan dan nilai berbaloi dengan harga.” katanya selepas pelancaran.

 

potonh

 

Menjelang suku tahun kedua tahun 2021, PROTON berusaha meningkatkan kehadiran pasaran antarabangsa untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. Selain Saga – model terlaris di kebanyakan pasaran, Proton X70 dan Proton X50 juga dieksport untuk mewujudkan rangkaian kenderaan pintar syarikat di luar negara.

 

Eksport adalah tunggak penting bagi PROTON dan sumbangannya pada peratusan jumlah penjualan kami akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. Selain dari mempromosikan ciri-ciri produk kami, kami juga memanfaatkan reputasi berkualiti tinggi sektor pembuatan Malaysia, yang memberi kredibiliti kepada kisah product kami sendiri.

 

Pada tahun 2021, selain mencari peluang baru, kami juga meningkatkan usaha untuk memasuki kembali pasaran besar ASEAN seperti Thailand dan Indonesia,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawa Eksekutif, Proton Edar. - DagangNews.com