PRU15: Bersatu sah tidak mengadakan kerjasama dengan PH - Muhyiddin | DagangNews Skip to main content

PRU15: Bersatu sah tidak mengadakan kerjasama dengan PH - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan masyarakat Tionghoa di pekan Panchor dan Bukit Pasir, Pagoh pada 14 Oktober 2022.

KUALA LUMPUR 15 Okt - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan parti itu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Bersatu juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu.

 

"BERSATU akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, GERAKAN, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepimpinan yang bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat.


 

Muhyiddin

 

Muhyiddin

 


"Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU-15 melibatkan PN, BN, PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com