PublicInvest jangka margin keuntungan Inari Amertron berdepan tekanan kesan kenaikan tarif elektrik | DagangNews Skip to main content

PublicInvest jangka margin keuntungan Inari Amertron berdepan tekanan kesan kenaikan tarif elektrik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - Public Investment Bank Research (PublicInvest) menjangkakan margin keuntungan Inari Amertron Berhad berdepan tekanan pada masa hadapan kesan kenaikan tarif elektrik yang mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM1.2 juta sebulan.

 

Firma itu berkata, keadaan itu ditambah dengan elaun lebih masa yang lebih tinggi kerana waktu kerja mingguan yang lebih singkat.

 

Katanya, bagi mengurangkan kesan, pihak pengurusan telah melancarkan beberapa langkah.

 

"Pertama, ia akan memasang panel solar untuk kilang pembuatannya dan akan mengenakan kawalan suhu siang dan malam serta lampu.

 

"Di samping itu, ia akan melaraskan purata harga jualan (ASP) dalam produk baharu dan mengekalkan harga bagi produk sedia ada kerana ia menyediakan margin keuntungan yang baik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, jualan frekuensi radio (RF) kumpulan itu bagi 2QFY23 membentuk 63% daripada jumlah keseluruhan diikuti optoelektronik, 29% dan generik, 8%.

 

Katanya, jualan yang lebih lemah terutamanya diseret oleh kumlah pemuatan yang lebih rendah dalam perniagaan optoelektronik disebabkan oleh kemajuan yang perlahan dalam penggunaan pasaran produk gentian 5G.

 

"Pengurusan juga memberi panduan bahawa perniagaan RF disokong dengan melakukan lebih banyak telefon lama berbanding telefon baharu," katanya.

 

Firma itu berkata, terdapat penolakan untuk sasaran jualan RM100 juta hingga RM120 juta daripada pelanggan baharu kepada FY24 memandangkan kelembapan dalam perbelanjaan semikonduktor.

 

Katanya, pihak pengurusan berpendapat bahawa yang paling teruk telah berakhir untuk kedua-dua segmen optoelektronik dan generik kerana tahap inventori semasa pelanggan secara relatifnya rendah.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM3.74 sesaham. - DagangNews.com