PublicInvest optimis terhadap prospek Uzma selepas raih dua kontrak baharu | DagangNews Skip to main content

PublicInvest optimis terhadap prospek Uzma selepas raih dua kontrak baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mac - Public Investment Bank Research (PublicInvest) optimis terhadap Uzma Berhad sebagai penerima manfaat utama aktiviti brownfield terutama dalam peningkatan pengeluaran dan aktiviti penyahtauliahan.

 

Firma itu berkata, kejayaan meraih dua kontrak baharu daripada Sabah Shell Petroleum Company Limited membuktikan keyakinan mereka terhadap kemampuan Uzma.

 

Kumpulan itu meraih kontrak untuk tempoh tiga tahun daripada Sabah Shell bernilai RM68.1 juta dengan skop kerja membekalkan pengeluaran bersepadu dan kimia integriti serta perkhidmatan berkaitan untuk Malikai Peringkat 1 dan Gumusut Kakap.

 

"Dengan mengandaikan pengiktirafan hasil yang sama sepanjang tempoh pada margin keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) gabungan sebanyak 7.1%.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang kira-kira RM1.6 juta atau 3.8% kepada PATAMI kumpulan bermula FY23 dan seterusnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Uzma terima kontrak bernilai RM68.1 juta daripada Sabah Shell

 

Sementara itu, firma itu berkata, cadangan penempatan persendirian dijangka membiayai 10% daripada kos pembangunan RM229 juta untuk projek LSS4 50MW.

 

"Walaupun Uzma mempunyai rizab tunai yang mencukupi, kebanyakannya diperuntukkan untuk pembayaran balik hutang dan modal kerja untuk buku pesanannya yang semakin meningkat," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM1.05 sesaham. - DagangNews.com