PublicInvest positif terhadap prospek perniagaan solar Greatech Technology | DagangNews Skip to main content

PublicInvest positif terhadap prospek perniagaan solar Greatech Technology

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - Public Investment Bank Research (PublicInvest) optimis terhadap prospek solar Greatech Technology Berhad kerana pelanggan teras kumpulan itu merancang untuk mengembangkan kapasiti produk baharu di kilang mereka di Alabama, Amerika Syarikat.

 

Firma itu juga berkata, kumpulan itu merancang untuk mengembangkan segmen e-mboliti dengan fokus diberikan kepada empat ke lima pembuat kenderaan tradisional.

 

Katanya, pengurusan kumpulan berkeyakinan mereka berpeluang untuk mendapatkan projek pengeluaran daripada pelanggan automotif baharu dan sedia ada.

 

"Kumpulan itu masih berada di landasan terbaik untuk membangunkan alat pembangunan pemain wafer fab yang pertama dan masih menunggu sebut harga projek bagi beberapa tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, segmen automasi kilang, solar dan e mobiliti akan kekal sebagai penyumbang pendapatan utama untuk dua tahun akan datang sebelum melihat pertumbuhan yang lebih kukuh dari segmen sains hayat dan automasi semikonduktor.

 

Katanya, pengurusan menetapkan untuk menubuhkan pemproses automasi menjelang 2028 melalui pemerolehan beberapa syarikat dengan pengalaman dan teknologi yang berkaitan untuk menubuhkan talian automasi proses di Malaysia.

 

Kumpulan itu merancang untuk mengumpul dana sebanyak RM500 juta menjelang Julai 2023 untuk pengambilalihan empat syarikat luar negara yang berasal dari industri automotif, sains hayat dan wafer Fab dengan setiap syarikat mempunyai pendapatan tahunan antara RM48 juta hingga RM210 juta.

 

"Selepas mengambil kira penialaian dalam sektor teknologi dan kos pinjaman yang tinggi, kami merasakan penempatan swasta merupakan penyelesaian terbaik," katanya. 

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran RM5.03 sesaham. - DagangNews.com