Quarters Academy, Spectrum International University College bekerjasama tingkatkan kualiti program latihan profesional | DagangNews Skip to main content

Quarters Academy, Spectrum International University College bekerjasama tingkatkan kualiti program latihan profesional

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jun - Quarters Academy Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Spectrum International University College bagi meningkatkan kualiti program Latihan profesional dengan menggabungkan metodologi latihan serta kepakaran akademik masing-masing.

 

Kerjasama itu akan mewujudkan rangka kerja bagi menyampaikan kursus yang memenuhi keperluan professional yang berkembang dalam pelbagai bidang.

 

Ia menekankan komitmen kedua-dua Quarters Academy dan SIUC untuk memupuk pembangunan profesional berterusan (CPD).

 

Pengarah Quarters Academy, Luis Tee mengakui sangat teruja untuk bekerjasama dengan SIUC bagi  menyediakan program latihan profesional yang inovatif dan berkualiti tinggi. 

 

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk melengkapkan individu dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran kerja yang dinamik hari ini," kataya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pada majlis itu, Quarters Academy dan SIUC memperkenalkan Sijil Profesional dalam Amanah & Penasihat Fidusiari, kursus komprehensif yang direka untuk mendidik pelajar tentang amanah dan undang-undang fidusiari, peraturan dan amalan nasihat di Malaysia. 

 

Hadir sama CHPS GM Consultancy & Academic Sdn Bhd iaitu penyedia program kesihatan dan gaya hidup yang tertumpu kepada pengurusan modal insan serta penjagaan kesihatan. 

 

Melalui perkongsian strategik dengan syarikat bersekutu tempatan dan antarabangsa, termasuk SIUC, CHPS GM menyampaikan perkhidmatan perundingan dan latihan berkualiti tinggi yang menangani keperluan tenaga kerja yang berkembang hari ini.
 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SIUC, Siva Sunasundram berkata, jalinan kerjasama itu adalah sejajar dengan visi mereka menyediakan peluang pendidikan inklusif.

 

"Kami yakin kerjasama ini akan memberi manfaat besar kepada pelajar kami dan komuniti yang lebih luas," katanya.- DagangNews.com