KUALA LUMPUR 22 Mac - CGS-CIMB Research positif terhadap perancangan 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad untuk membuka 100 kedai serbaneka (CVS) pada FY23 terutama di kawasan pinggir bandar dengan fokus kepada format 1 kafe.
Firma itu percaya ia memberi petanda baik untuk margin untung kasar memandangkan sumbangan jualan yang lebih tinggi daripada barangan makanan dan minuman segar.
"Kami mendapati bahawa kumpulan itu telah mengumpulkan 600,000 pengguna untuk aplikasi mudah alih kesetiaan My7E sejak Ogos 2022.
"Ini akan membantu memacu jualan kerana ia meningkatkan kempen pemasarannya pada FY23.
"Kumpulan itu juga juga merancang untuk membuka 35 kedai Caring Pharmacy baharu pada FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, kumpulan itu akan merasakan kesan penuh daripada pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang bermula 1 Mei 2022 dan ia menelan kos tambahan antara RM2juta hingga RM3 juta sebulan.
Kesan lain juga adalah daripada Akta Pekerjaan 2022 (berkuat kuasa 1 Januari 2023), yang mengurangkan waktu kerja mingguan maksimum yang dibenarkan daripada 48 kepada 45, memperluaskan kelayakan untuk bayaran lebih masa kepada pekerja dengan gaji sehingga RM4,000 sebulan daripada RM2,000 sebulan sebelum ini, yang akan menyebabkan RM250,000 sebulan kenaikan perbelanjaan untuk PKS, dan waktu operasi yang lebih tinggi dengan 1,525 kedai CVS beroperasi 24 jam, dan 580 cawangan beroperasi 18 jam pada 6 Mac 2023.
"Perkara itu akan ditambah dengan inflasi yang boleh meningkatkan kos pengembangannya, seperti kos penyewaan dan pengubahsuaian yang lebih tinggi dan ia boleh memberi tekanan kepada margin operasi selain meningkatkan kos jangka pendek.
"Bagaimanapun, kumpulan itu sedang mengoptimumkan anjakan kerja tenaga kerjanya untuk meminimumkan kesan kos," katanya.
Firma itu tidak membuat sebarang perubahan kepada unjuran pendapatan sesaham (EPS) FY23-35, kerana tiada sebarnag kejutan besar.
"Harga sasaran (TP) untuk kumpulan itu dinaikkan kepada RM2.10 untuk mengambil kira asas yang bertambah baik dengan pengembangan kukuh segmen CVS dan Caring Paharmacy sedang melihat pemulihan margin.
"Kami mengekalkan saranan 'pegang' kerana percaya penilaian semasanya mengambil kira trajektori pendapatannya," katanya. - DagangNews.com