Rekod baharu 424,541 dos semalam, lebih 12 juta rakyat Malaysia telah divaksin | DagangNews Skip to main content

Rekod baharu 424,541 dos semalam, lebih 12 juta rakyat Malaysia telah divaksin

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Julai - Malaysia mencatatkan jumlah pemberian dos vaksin harian yang tertinggi sebanyak 424,541 dos semalam.

 

Jumlah berkenaan sekali gus menjangkaui angka tertinggi 421,479 dos yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

 

.

 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 260,286 melibatkan pemberian dos pertama dan 164,255 lagi adalah pemberian dos kedua.

 

Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos harian tertinggi sebanyak 98,340 semalam.

 

Mengikut jumlah pemberian secara kumulatif pula, Malaysia merekodkan 12.2 juta individu yang telah divaksin bagi tempoh sama.

 

.

 

Jumlah berkenaan melibatkan 8.3 juta individu yang menerima dos pertama dan 3.8 juta yang telah melengkapkan suntikan dos kedua.

 

Peningkatan tersebut sekali gus menjadikan peratusan populasi rakyat Malaysia yang divaksin meningkat kepada 25.6% bagi dos pertama dan 11.8% bagi dos kedua.

 

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan peratusan populasi tertinggi sebanyak 51% dan 40.1%.

 

Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencatatkan peratusan populasi divaksin sebanyak 38% bagi tempoh sama. - DagangNews.com