Rekod tertinggi 521,923 dos semalam, 51.8% golongan dewasa divaksin | DagangNews Skip to main content

Rekod tertinggi 521,923 dos semalam, 51.8% golongan dewasa divaksin

Rekod tertinggi PICK

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Julai - Malaysia terus mencatatkan jumlah pemberian vaksin dalam trend peningkatan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

 

Bagi jumlah pemberian vaksin secara harian, Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod baharu apabila berjaya memberi suntikan sebanyak 521,923 dos semalam.

 

Jumlah tertinggi itu sekali gus mengatasi 507,050 dos yang dicatatkan pada 22 Julai baru-baru ini.

 

.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah pemberian dos semalam meliputi 333,621 pemberian dos pertama dan 188,302 pemberian dos kedua.

 

Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos tertinggi semalam sebanyak 83,100 bagi dos pertama dan 47,087 bagi dos kedua.

 

Peningkatan tertinggi jumlah pemberian vaksin harian itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif individu yang sudah divaksin meningkat kepada 17.8 juta bagi tempoh sama.

 

Jumlah berkenaan terdiri daripada 12.1 juta penerima dos pertama dan 5.7 juta yang berjaya melengkapkan suntikan dos kedua.

 

.

 

Bagi peratusan populasi divaksin pula, peratusan terus meningkat kepada 37.1% dan 17.5% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Lembah Klang merupakan tiga kawasan yang mencatatkan peratusan populasi divaksin yang tertinggi sebanyak 61.9%, 59.2% dan 59.0%,

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih di bawah paras 50%.

 

Sementara itu, bagi vaksinasi golongan dewasa, sebanyak 51.8% golongan berkenaan berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama, sementara 24.4% telah melengkapkan dua dos suntikan. - DagangNews.com