RHB Research jangka pendapatan QL Resources lemah pada 4QFY23 akibat permintaan bermusim | DagangNews Skip to main content

RHB Research jangka pendapatan QL Resources lemah pada 4QFY23 akibat permintaan bermusim

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mac - RHB Research menjangkakan pendapatan QL Resources Berhad lebih lemah bagi 4QFY23 akibat permintaan bermusim daripada segmen pembuatan produk marin (MPM).

 

Firma itu berkata, segmen MPM dijangka mendapat permintaan bermusim yang lebih lemah manakala penternakan bersepadu (ILF) akan berkurangan dengan mengambil kira kenaikan harga komoditi (kos makanan akan menjadi lebih tinggi).

 

Katanya, kelemahan dalam segmen perniagaan kedai serbaneka mungkin berterusan, memandangkan kehadiran pelanggan yag lemah.

 

"Selain itu, kos operasi dijangka meningkat bermula 2023 selepas mengambil kira kos elektrik dan gaji yang lebih tinggi, memandangkan kenaikan tarif dan akta pekerjaan baharu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, keputesan 9MFY23 megatasi unjuran firma itu selepas kumpulan mencatatkan untung bersih sebanyak RM274 juta menyumbang 83-84% daripada ramalan dan konsensus. 

 

Keuntungan itu turut disumbangkan margin ILF yang lebih kukuh daripada jangkaan.

 

Firma itu percaya asas kukuh kumpulan dan pengembangan kapasiti berterusan perniagaan berskalanya akan menyokong kemampanan pertumbuhan jangka panjang.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) baharu RM5.81 sen sesaham.

 

"Bagaimanapun kumpulan itu berdepan pelbagai risiko termasuk kawalan pergerakan berpanjangan di negara-negara yang mereka beroperasi dan kenaikan mendadak harga komoditi," katanya. - DagangNews.com