KUALA LUMPUR 17 April - Tasco Berhad dijangka mencatatkan rekod perolehan lebih tinggi pada FY23 walaupun berlaku kebimbangangan terhadap peningkatan kadar tambang pengangkutan.
RHB Research percaya kumpulan itu akan terus mencatat rekod pendapatn lebih baik pada FY23 selepas merekodkan jualan garis bawah pada suku keempat 2023 sebanyak RM20 juta-RM25 juta.
Ia akan memenuhi anggaran firma itu selain potensi nisbah pembayaran dividen akhir sebanyak 30%.
"Kami juga positif terhadap kemajuan segmen gudang dan rantaian sejuk beku kumpulan, dari segi rancangan pengembangannya dan kejayaan perniagaan baharu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, pelabur menunjukkan kebimbangan melampau terhadap normalisasi kadar tambang pengangkutan.
Walaupun hasil dalam segmen kargo akan menjadi tidak stabil apabila kadar ini berkurangan, firma itu berkata, pendapatan harus diimbangi oleh keupayaan kumpulan untuk meningimbangi kadar pengangkutan laut dan kuasa penawarannya yang kukuh (margin yang lebih baik, jumlah yang lebih kukuh).
"Ini juga akan membantu meningkatkan keterlihatan pendapatannya, berbanding tempoh kadar pengangkutan yang dinaikkan dengan kebanyakan kadar dirundingkan untuk jangka pendek," katanya.
Firma itu berkata, model perniagaan kumpulan yang pelbagai dengan kekuatannya dalam logistik kontrak dan rantaian sejuk ditambah dengan penyelesaian logistik bersepadu atau insentif cukai ILS sepatutnya membolehkannya mengekalkan margin dengan lebih baik.
Firma itu mengekalkan unjuran pendapatan kumpulan dan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.86 sesaham.
"Strategi pengurangan risiko termasuk mengurangkan sumber pihak ketiga sambil mengekalkan kadar penggunaan asetnya sendiri. Ini sepatutnya mengekalkan marginnya yang luas, sekiranya kemelesetan global berlaku," katanya. - DagangNews.com