RHB tambah pelaburan RM3.8 juta dalam Boost Bank, kekalkan 40% kepentingan | DagangNews Skip to main content

RHB tambah pelaburan RM3.8 juta dalam Boost Bank, kekalkan 40% kepentingan

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 April - RHB Bank Bhd telah melanggan tambahan 3.8 juta saham baharu Boost Bank Bhd secara tunai RM3.8 juta untuk mengekalkan 40% kepentingan ekuitinya dalam saham tersebut.

 

Sumber dana untuk langganan saham tambahan diperoleh daripada dana dalaman RHB Bank.

 

Sebagai imbasan, Boost Bhd, RHB Bank, dan Boost Holdings (anak syarikat tidak langsung Axiata Group Bhd) menandatangani perjanjian langganan saham dan perjanjian pemegang saham, dengan RHB Bank dan Boost Holdings masing-masing memegang 40% dan 60% kepentingan ekuiti dalam Boost Bank.

 

Oleh itu, Boost Holdings pada 15 April turut melanggan tambahan 5.7 juta saham Boost Bank baharu untuk pertimbangan tunai RM5.7 juta untuk mengekalkan kepentingan ekuiti 60% dalam Boost Bank.

 

 

iktisad

 

 

RHB Bank berkata tujuan langganan saham tambahan adalah untuk Boost Bank membiayai perbelanjaan operasi dan modalnya bagi separuh pertama 2024 dan untuk terus memenuhi dana modal minimum seperti yang diperlukan oleh Bank Negara.

 

"Setelah selesai langganan tambahan April, modal berbayar Boost Bank hendaklah kira-kira RM224.5 juta yang terdiri daripada kira-kira 224.5 juta saham Boost Bank," katanya. - DagangNews.com