SEREMBAN 12 Mei – Projek perumahan Rimbun Kiara oleh pemaju hartanah, IJM Land Berhad mencatat 100% tempahan oleh orang ramai, sejak Fasa 1 dilancarkan pada 17 April 2021.
Terletak secara strategik bersebelahan dengan Seremban 2 (sebuah perbandaran serba lengkap yang menawarkan kemudahan moden dan kemudahan bandar sambil mengekalkan ketenangan suasana sekeliling) dengan Nilai Pembangunan Kasar atau Gross Development Value (GDV) RM145.9 juta.
Rimbun Kiara terletak di atas tanah seluas 21.46 ekar yang menawarkan 255 unit rumah berangkai 2 tingkat. Fasa 1 menawarkan tiga ukuran tanah, 20 ’x 75’, 20 ’x 70’ dan 20’x 65’ dengan harga bermula daripada RM498,000. Fasa 2 pula menawarkan ukuran tanah 20 ’x 70’ dan kini dibuka untuk pendaftaran.
Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkata, Fasa 1 terdiri daripada 110 unit telah ditempah sepenuhnya pada hari pertama pelancaran. Sementara itu, IJM Land kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan Fasa 2, yang merangkumi 145 unit, tidak lama lagi.
“Sekatan PKP/PKPB waktu pandemik ini telah banyak mengubah gaya hidup rakyat Malaysia. Kediaman masing-masing merupakan tempat yang paling selamat dan ia juga telah dijadikan portal utama untuk kita bekerja dan untuk anak-anak kita bersekolah dengan menghadiri kelas dalam talian.
"Oleh sebab itu, kami di IJM Land memahami kepentingan ruang bagi generasi pembeli rumah zaman sekarang dimana mereka memerlukan ruang bekerja dan ruang privasi. Kami percaya bahawa Fasa 2 juga akan cepat dijual kerana jelas kelihatan minat bakal pelanggan untuk membuat pembelian,” kata Dato’ Hoo.
“Dengan permintaan tinggi oleh pembeli rumah yang memerlukan fleksibiliti ruang untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa di tempat tinggal mereka, kami yakin bahawa Rimbun Kiara memiliki kelebihan untuk memenuhi keperluan ini. Segala yang diperlukan pemilik rumah boleh didapati di Rimbun Kiara,” ujarnya.
Bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, lokasi Rimbun Kiara ada kelebihannya. Terletak kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur, dengan kemudahan akses keluar masuk ke lebuh raya yang baik, penduduk boleh memanfaatkan Lebuhraya Utara-Selatan sebagai pintu utama untuk berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Seremban. Dengan jalan bebas tol yang berhubung terus ke KLIA dan KLIA2, perjalanan ke lapangan terbang dari Rimbun Kiara hanya memerlukan masa kira-kira 45 minit.
“Di IJM Land, kami bertekad untuk menyediakan persekitaran hidup yang terbaik berdasarkan keadaan dan permintaan orang ramai. Seremban mungkin tidak terkenal dengan tempat-tempat pelancongannya, namun setelah diberikan status kota, perbandaran ini telah menyaksikan peningkatan jumlah penduduk kerana lebih ramai pembeli rumah memilih untuk berpindah ke kawasan perbandaran serba lengkap ini yang membolehkan mereka memperoleh harta tanah yang mampu dimiliki.
“Kami yakin Seremban memiliki potensi besar yang harus kami manfaatkan dengan terus memperkuatkan dan melakukan inovasi dalam pembangunan untuk membuka peluang yang luas bukan hanya untuk para pelabur dan pembeli rumah untuk memulakan kehidupan yang baru dan selesa, malah untuk mengekalkan dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia,” kata Dato’ Hoo. - DagangNews.com