Ringgit mendatar berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit mendatar berbanding dolar AS

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ringgit dibuka pagi ini tidak berubah pada RM4.0400/0450 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

HLIB Research dalam nota kajian mengubah pandangan neutral terhadap ringgit dalam dagangan hari ini. 

 

Firma itu juga mengekalkan pandangan yang peningkatan hasil AS akan membantu menyokong dolar AS/ringgit dalam tempoh terdekat memandangkan hasil perbendaraan 10 tahun akan mencecah 1.5%. 

 

Katanya, kenaikan mata wang utama itu semalaman apabila pasaran menilai semula data ekonomi AS dan kemungkinan rang undang-undang rangsangan ekonomi.

 

"Oleh itu, ia akan menyaksaikan dolar AS akan terus meningkat jika jualan berterusan dalam hasil perbendaraan AS disambung semula. 

 

"Dalam masa sama, pasaran juga membuat penilaian semula kemungkinan wujud kesukaran bagi rang undang-undang rangsangan bernilai AS$1.9 trilion diluluskan Kongress," katanya. 

 

Semalam, ringgit meneruskan penurunan buat hari kedua berturut-turut berikutan pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini meskipun prospek harga minyak global yang positif.

 

Pada penutupan semalam, mata wang tempatan susut kepada RM4.0400/0440 berbanding dolar AS daripada paras penutup RM4.0370/0420 pada Rabu. - DagangNews.com