Ringgit naik 0.02% berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit naik 0.02% berbanding dolar AS

RINGGIT

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Nilai ringgit naik sebanyak 0.02% kepada 4.193 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga pasaran ditutup petang semalam.

AmBank Research dalam nota kajiannya memberitahu, nilai dolar turut lemah sebanyak 0.20% kepada 93.443 didorong oleh harapan pembelian 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diumumkan Presidennya, Donald Trump.

"Vaksin yang diumumkan itu akan dibeli melalui firma bioteknologi AS, Moderna.

"Dari segi data, inflasi utama di AS pada Julai meningkat 1.0% berbanding tahun lalu sebanyak 0.6% pada Jun. Sementara kadar inflasi teras pada Julai juga meningkat kepada 1.6% berbanding 1.2% tahun lalu pada Jun," jelas AmBank Research hari ini.

Sementara itu, KLCI negara menyusut 0.52% kepada 1,556.6.

Bagaimanapun, nilai ringgit mencatatkan pengukuhan berbanding mata wang utama lain kecuali Cina Yuan (CNY) dan Bath Thailand (THB).

Ringgit meningkat 0.31% kepada 4.926 berbanding Euro (EUR) dan  0.36% kepada 5.473 berbanding Pound Sterling (GBP).

Kenaikan juga turut dicatat sebanyak 0.78% kepada 2.988 berbanding Dolar Australia (AUD) dan 0.41% kepada 3.922 berbanding Yen Jepun (JPY), namun menyusut 0.10% kepada 1.655 berbanding Cina Yuan (CNY).

Di peringkat serantau, ringgit didagangkan lebih tinggi sebanyak 0.21% kepada 3.052 berbanding Dolar Singapura (SDG) dan 0.57% kepada 3.520 berbanding Rupiah Indonesia (IDR).

Berbanding Peso Filipina (PHP) dan Viet Nam Dong (VND), ringgit masing-masing meningkat sebanyak 0.02% kepada 11.67 dan 0.06% kepada 5.524.

Namun, menyusut 0.18% kepada 7.409 berbanding Bath Thailand (THB).

AmBank Research turut menjangkakan ringgit akan didagangkan antara 4.1754 dan 4.1829. - DagangNews.com