KUALA LUMPUR 9 Feb - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.2 bilion (RM497.2 bilion) pada 31 Januari 2023, daripada AS$114.9 bilion (RM495.91 bilion) pada 13 Januari 2023.
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Katanya, aset berjumlah RM635.55 bilion terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM505.83 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.72 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM74.92 bilion).
BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.1 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM212.79 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM8.33 bilion), deposit lain (RM36.92 bilion), kertas Bank Negara (RM5.67 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabilitiliabiliti lain (RM3.88 bilion). - DagangNews.com