Rizab asing Malaysia berkembang AS$1.2 bilion kepada AS$115.9 bilion setakat 15 Ogos - Bank Negara | DagangNews Skip to main content

Rizab asing Malaysia berkembang AS$1.2 bilion kepada AS$115.9 bilion setakat 15 Ogos - Bank Negara

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Rizab antarabangsa Malaysia terus berkembang, menambah AS$1.2 bilion pada 15 Ogos daripada dua minggu sebelumnya, kata Bank Negara hari ini.

 

Rizab pertukaran asing terkini berjumlah AS$115.9 bilion berbanding AS$114.7 bilion setakat 31 Julai, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

 

Kedudukan itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, tambahnya.

 

BNM mengeluarkan data rizab pertukaran asing setiap dua minggu. - DagangNews.com