Rizman Ruzaini beri baucar diskaun koleksi RR Raya 2023 kepada pelanggan Celcom | DagangNews Skip to main content

Rizman Ruzaini beri baucar diskaun koleksi RR Raya 2023 kepada pelanggan Celcom

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 April - Jenama fesyen terkemuka negara, Rizman Ruzaini bekerjasama dengan Celcom bagi menjayakan program 'Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

 

Menerusi program bermula 4 hingga 21 April itu, semua pelanggan Celcom yang berdaftar diberikan baucar bernilai RM50 bagi membolehkan mereka membeli barangan daripada koleksi RR Raya 2023.

 

Pembelian boleh dibuat menerusi laman web rasmi Rizman Ruzaini iaitu www.rizmanruzaini.my dan pelanggan hanya perlu memasukkan kod khas iaitu RAYARRXCELCOM untuk membolehkan mereka menikmati diskaun berkenaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu untuk sebarnag jalinan kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat dan Celcom antara syarikat gergasi yang memilih jenama itu untuk jalinan kerjasama sempena Aidilfitri ini.

 

"Syawal kali ini, kami mahu meraikan lebih ramai pelanggan kami dengan pelbagai tawaran menarik seperti pemberian diskaun. 

 

rr

 

"Kami mahu melihat lebih ramai rakyat Malaysia menggayakan koleksi Rizman Ruzaini di Hari Raya Aidilfitri nanti. Jangan lepaskan peluang untuk menebus baucar yang kami hadiahkan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

rr

 

Baucar berkenaan boleh digunakan dengan setiap pembelian minimum RM299 dan ke atas dalam satu resit.

 

rr

 

Selain pembelian secara dalam talian, pelanggan juga boleh membeli secara terus di tiga RR Pop Up Booth yang terletak di Central I-City, Shah Alam, Fahrenheit88, Kuala Lumpur dan Komtar JBCC, Johor Bahru. 

 

Mereka hanya perlu menunjukkan bukti kod baucar tersebut menerusi aplikasi Celcom daripada telefon bimbit mereka. - DagangNews.com