RM1.7 bilion untuk bantu petani, nelayan | DagangNews Skip to main content

RM1.7 bilion untuk bantu petani, nelayan

 


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah, peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta 

Dengan kenaikan ini, pendapatan 150,000 pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.

Selain itu, sebanyak RM1.7 bilion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan. 

Antaranya, subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta  termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.
 
Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak.

Elaun sara hidup nelayan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bermula 2021 yang akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 nelayan melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta.

Bagi membantu peneroka Felda, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu. - DagangNews.com