Saham AirAsia digantung | DagangNews Skip to main content

Saham AirAsia digantung

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bursa Malaysia bertindak menggantung saham AirAsia Group Bhd. setelah juruaudit luaran syarikat berkenaan mengeluarkan laporan berhubung ketidakpastian material AirAsia untuk terus beroperasi. 

Juruaudit Ernst & Younf PLT menerusi satu kenyataan memberitahu, laporan yang telah difailkan kepada Bursa Malaysia itu merangkumi jumlah kerugian oleh AirAsia pada tahun lalu sebanyak RM283 juta serta jumlah liabiliti yang melebihi aset berjumlah RM1.84 bilion.

AirAsia

"Ekonomi global terutamanya industri penerbangan pada awal tahun ini menghadapi ketidaktentuan akibat wabak COVID-19 yang memaksa sekatan pelaksanaan perjalanan di seluruh dunia sekali gus menyebabkan penurunan prestasi kewangan kumpulan AirAsia.

"Dalam penyata kewangan juga menunjukkan adanya ketidakpastian material yang jelas membuktikan syarikat dan kumpulan terbabit sedang berdepan dengan masalah kewangan," jelas kenyataan itu.

AisAsia mencatatkan penurunan jumlah pendapatan sebanyak 15.3% kepada RM2.31 bilion daripada RM2.73 bilion dengan kerugian bersih yang direkodkan sebanyak RM803.85 juta untuk suku pertama 2020 berbanding keuntungan bersih RM96.09 juta pada tahun sebelumnya bagi tempoh sama.

Dalam pada itu, saham AirAsia semalam ditutup empat sen atau 4.47% lebih rendah pada kadar 86sen dengan jumlah modal pasaran RM2.86 bilion. - DagangNews.com