KUALA LUMPUR 18 Jan - Keseluruhan modal saham terbitan Boustead Plantation atau nama kod BPLANT akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Berhad berkuat kuasa mulai 9 pagi, Selasa, 23 Januari 2024.
Pengumuman yang dibuat di Bursa Malaysia oleh syarikat tersebut atau nama kodnya, BPlant adalah menurut Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Ini berlaku selepas syarikat induk Lembaga Tabung Aangkatan Tentera (LTAT) memperoleh baki saham dalam syarikat itu selepas bidaan pengambilalihan KL Kepong gagal.
Saham BPlant kini didagangkan pada RM1.57.
Pengumuman itu juga menandakan tamatnya episod kontroversi apabila rancangan asal LTAT untuk menjual BPlanta kepada KL Kepong menerima bantahan ramai, memaksa pembatalan mendadak perjanjian kerjasama strategik atau SCA.
Di bawah SCA tersebut, KLK sepatutnya memperoleh 33% kepentingan ditambah satu saham dalam BPlant daripada LTAT dan Boustead Holdings Bhd untuk kumulatif RM1.15 bilion, kemudian meneruskan tawaran am mandatori pada RM1.55 sesaham atau RM1.11 bilion secara keseluruhan untuk menswastakan kumpulan perladangan, yang akan menyaksikan KLK menguasai 65% kepentingan, dan LTAT 35% lagi.
Tetapi selepas SCA ditandatangani, pelbagai Ahli Parlimen Pembangkang menentang perjanjian itu, berkata ia tidak selari dengan matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran ekuiti korporat Bumiputera sebanyak 30% menjelang 2025, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12.
Pada hari yang sama perjanjian KLK gagal, LTAT mengumumkan mengambil alih penswastaan BPlant pada harga yang sama RM1.55 sesaham.- DagangNews.com