Saham FGV melonjak lebih 17% | DagangNews Skip to main content

Saham FGV melonjak lebih 17%

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 16 Mac - Saham FGV Holdings Bhd. melonjak 17.69% sehingga RM1.53 sesaham dalam dagangan pagi ini selepas Felda dilaporkan gagal meraih sokongan pemegang saham bagi menjadikan syarikat itu persendirian.

 

Semalam, dalam makluman di Bursa Malaysia, Felda menerusi Maybank Invesment Bank (IB) berkata, agensi pembangunan tanah itu hanya memperoleh 81% pegangan ekuiti atau 2,955,241,291 saham dalam syarikat perladangan itu apabila tawaran pengambilalihan itu ditutup 5 petang, 15 Mac. 

 

Setakat 5 petang, saham Felda dan pihak yang bertindak (PAC) dengannya berjumlah 80.99% dengan 2,954,785,491 saham. 

 

Malah, Felda turut menerima lagi 455,800 saham atau 0.1% daripada pemegang saham yang menerima tawaran tersebut.

 

Felda sebelum ini bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian dengan tawaran harga RM1.30 sesaham.

 

Untuk itu, Felda perlu memperoleh 90% saham yang tidak dimilikinya daripada penerimaan tawaran pengambilalihannya dalam FGV. - DagangNews.com