Sapura Energy lantik Shahin Farouque sebagai pengerusi interim, Mohd Azlan diberi cuti rehat | DagangNews Skip to main content

Sapura Energy lantik Shahin Farouque sebagai pengerusi interim, Mohd Azlan diberi cuti rehat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Jun - Sapura Energy Bhd menumumkan pelantikan pengarah bukan eksekutif bukan bebas dalam syarikat itu, Shahin Farouque Jammal Ahmad sebagai pengerusi interim kumpulan.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan itu berlaku selepas mereka memberikan cuti rehat kepada pengerusinya, Datuk Mohamad Azlan Abdullah berkuat kuasa 26 Jun 2024 susulan siasatan berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Sapura Energy berkata, siasatan SPRM adalah mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan syarikat itu, dan ia akan menjadi perniagaan seperti biasa berkaitan perkhidmatan serta rumusan minyak dan gas.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Prolintas sahkan kakitangan direman selepas SPRM menahan CEO bersama 7 lagi atas dakwaan rasuah

 

"Pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan lanjut mengenai perkara ini," katanya.

 

Media melaporkan, Mohammad Azlan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi lebuh raya Prolintas Group, telah direman empat hari sehingga 28 Jun ini oleh SPRM berhubung dakwaan rasuah melibatkan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.6 bilion.

 

Dua lagi anggota Prolintas dan lima lagi pemilik syarikat turut direman.- DagangNews.com