Sasaran pertumbuhan digit tunggal tinggi mampu dicapai menerusi pendekatan satu bank - CEO CIMB Securities | DagangNews Skip to main content

Sasaran pertumbuhan digit tunggal tinggi mampu dicapai menerusi pendekatan satu bank - CEO CIMB Securities

Ruzi Rani Ajith (tengah) bersama Amir Hamzah Azizan pada majlis pelancaran CIMB Securitie s di ibu negara 10 Mei 2024. -Gambar HERMAN HAMID/DagangNews
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 10 Mei - CIMB Securities yang baru dilancarkan hari ini menyasarakan untuk mencapai pertumbuhan digit tunggal yang tinggi dalam bahagian pasaran bagi tempoh jangka pendek dan sederhana.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ruzi Rani Ajith berkata, ini dapat disaksikan dalam tempoh tiga bulan yang mana penguasaan pasaran CIMB Securities telah berkembang kepada kira-kira 5.5% daripada kurang 1%.

 

Katanya, pencapaian ini disumbangkan oleh dagangan blok agresif yang dijalankan dan sasaran ini bukan mustahil kerana CIMB Securities bukan ejen broker tunggal. 

 

 

"Kami adalah sebahagian daripada perniagaan perbankan borong yang kami saling melengkapi menerusi pendekatan 'satu bank'," katanya dalam siding media di Kuala Lumpur hari ini.

 

Menurut Ruzi Rani, dengan itu, CIMB Securities mahu menjadi satu nama yang diakui dalam pasaran dan antara peneraju dalam aktiviti pasaran modal di Malaysia.

 

 

Katanya, malah CIMB Securities sendiri sebelum ini adalah satu nama yang menjadi pilihan apabila melibatkan sebarang aktiviti pasaran modal.

 

"Kami juga mahu menjadi seperti itu dengan menjadi satu kuasa dalam membantu memudahkan pasaran modal pasaran Malaysia.

 

"Kami juga bekerja rapat bersama-sama kerajaan bagi mempromosikan daya tarikan pasaran modal Malaysia dan negara ini sebagai sebuah destinasi pelaburan," jelasnya.

 

Sementara itu, Ruzi Rani berkata, prospek masa depan pasaran saham Malaysia tahun ini sangat positif seperti dapat dilihat daripada kedudukan KLCI dan jumlah aktiviti dagangan. 

 

"Sekarang ini satu platform yang baik," katanya yang menjelaskan pengambilalihan KAF Equities menjadi 'CIMB Securities 2.0' bukan sahaja penting kepada klien tetapi juga negara.

 

rani
Ruzi Rani Ajith pada sidang media selepas pelancaran CIMB Securities di Kuala Lumpur hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: CIMB selesai ambil alih KAF Equities, dijenamakan sebagai CIMB Securities

 

ARTIKEL BERKAITAN: CIMB Securities lengkapkan 'pendekatan satu bank', tawar perkhidmatan perbankan borong bersepadu

 

Pemerolehan KAF Ekuiti melalui CIMB Investment Bank telah disempurnakan pada 8 Februari 2024, berikutan pelupusan baki kepentingan CIMB dalam usaha sama pembrokeran sahamnya (“CGS-CIMB JV”) dengan CGS International Holdings Limited (dahulunya dikenali sebagai China Galaxy International Financial Holdings). Limited) (“CGI”) pada Disember 2023.

 

Majlis Pelancaran CIMB Securities berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi CIMB Group dan Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Perbankan Borong Kumpulan CIMB dan Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Securities.- DagangNews.com