Scanwolf catat kerugian sebelum cukai RM2.27 juta pada 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

Scanwolf catat kerugian sebelum cukai RM2.27 juta pada 4QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Scanwolf Corporation Berhad mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM2.27 juta pada suku keempat berakhir 30 Jun 2022 (4QFY22) berbanding untung sebelum cukai (PBT) sebanyak RM0.18 juta bagi suku sama tahun lalu.

 

Keputusan itu berpunca daripada penurunan hasil sebanyak RM5.8 juta menjadikan hasil bagi suku itu sebanyak RM9.8 juta selepas segmen hartanah tidak merekodkan sebarang hasil.

 

Secara kumulatif, hasil kumpulan itu menurun daripada RM48.8 juta kepada RM39.2 juta bagi tempoh 12MFY22penurunan RM9.6 juta atau 19.65% berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Kumpulan itu nerekodkan LBT sebanyak RM17 juta bagi tempoh 12MFY22 berbanding RM0.26 juta pada tahun lalu.

 

LBT tinggi yang dicatatkan pada 12MFY22 adalah disebabkan hasil yang lebih rendah yang dicatatkan bahagian hartanah ditambah kos bahan dan kos kakitangan yang lebih tinggi berjumlah RM7.9 juta.

 

Lembaga pengarah kumpulan itu berkata, keputusan kewangan bagi 4QFY22 itu menunjukkan bahawa masa hadapan kekal mencabar kesan daripada tekanan inflasi, gangguan rantaian bekalan, kekurangan tenaga pekerja dan kelemahan nilai ringgit.

 

"Kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan positif selain peningkatan beransur-ansur dalam pencapaian kewangannya.

 

"Kumpulan itu juga kekal berhati-hati terhadap prospek jangka panjang perniagaan dan akan terus mempelbagaikan strategi perniagaan untuk meningkatkan hasil, selain fokus kepada meningkatkan kecekapan, automasi merentasi operasi dan pelaksanaan kawalan kos," katanya. - DagangNews.com