Sediakan Dana Persaraan dengan Bijak, Ini 5 Perkara Penting yang Qoala Ingin Anda Pertimbangkan | DagangNews Skip to main content

Sediakan Dana Persaraan dengan Bijak, Ini 5 Perkara Penting yang Qoala Ingin Anda Pertimbangkan

Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakan dana persaraan.
Oleh CALVIN TENG

MEMILIKI masa depan yang cerah dan terjamin sudah semestinya menjadi impian setiap orang. Secara amnya, dana persaraan bertujuan untuk membolehkan anda memiliki kebebasan kewangan apabila anda sudah tua dan bersara.

 

Kehilangan sumber pendapatan yang tetap setiap bulan, atau beberapa risiko lain yang mungkin boleh berlaku pada masa hadapan boleh dikurangkan dengan menyediakan dana persaraan seawal mungkin.

 

Menyediakan dana persaraan adalah salah satu kewajipan penting. Mereka yang hanya mempunyai satu sumber pendapatan terutamanya perlu lebih bijak dalam menguruskan kewangan mereka.

 

Ini termasuk persediaan simpanan untuk digunakan di hari tua. Memiliki dana persaraan adalah sama seperti menyediakan dana kecemasan pada hari tua.

 

Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakan dana persaraan.

 

Jika dilakukan secara konsisten dan berterusan, anda boleh ketepikan hanya sebahagian kecil daripada pendapatan semasa untuk tujuan ini.


 

calvin teng
           CALVIN TENG

 


Jadi, apa yang perlu anda sediakan?

 

1. Tentukan Tempoh Persaraan

Penentuan tempoh perkhidmatan anda sebelum bersara adalah penanda aras penting dalam mengira dana persaraan.

 

Segala aspek perlu dipertimbangkan dengan teliti dan anda juga perlu mempunyai strategi kewangan tertentu.

 

Semakin awal dana persaraan disediakan, semakin mudah untuk anda mengumpulkan dana yang diperlukan.

 

2. Ketahui dan Kira Keperluan Setelah Bersara

Keperluan biasanya tidak menentu namun boleh dirancang melalui pengiraan pelan untuk setiap keperluan.

 

Sama seperti keperluan harian atau bulanan anda pada masa kini, keperluan persaraan pastinya tidak jauh berbeza.

 

Anda mungkin masih memerlukan beberapa perkara penting seperti simpanan, belanja rumah, dan insurans.

 

Semasa mengira kos untuk keperluan setelah bersara, anda boleh memotong beberapa keperluan lain yang mungkin tidak diperlukan pada hari tua seperti kos pengangkutan ke pejabat dan sebagainya.

 

3. Belajar Utamakan Keperluan

Anda perlu bijak bahagikan antara keperluan dan kehendak. Bagi anda yang boros, cuba disiplinkan diri untuk tidak berbelanja melebihi pendapatan anda.

 

Bagaimana anda boleh utamakan keperluan? Anda perlu fahami perbezaan antara keperluan dan kehendak.

 

Keperluan ialah perbelanjaan yang perlu ada bagi membolehkan anda menjalani kehidupan seharian dengan baik seperti bayaran sewa, makanan dan sebagainya.

 

Manakala, kehendak pula merujuk perbelanjaan yang menjadikan kehidupan anda lebih baik dan lebih selesa namun kurang kritikal berbanding keperluan.

 

4. Mula Menyimpan dengan Merancang Perbelanjaan

Salah satu langkah yang boleh membantu anda menjimatkan wang ialah dengan merancang perbelanjaan anda dengan teliti.

 

Jika anda sentiasa berbelanja mengikut hawa nafsu, ia boleh menyebabkan berlaku kelompongan dalam pengurusan kewangan dan anda mungkin tertanya-tanya di mana wang anda dibelanjakan.

 

Sebagai contoh, setiap kali anda ke pasar raya, senaraikan barangan yang ingin dibeli dan berbelanja mengikut senarai ini.

 

Setelah anda mula merancang dan merekodkan perbelanjaan, anda akan merasai perbezaan yang ketara dan dapat menjimatkan lebih banyak wang setiap bulan.

 

Anda boleh memperuntukkan dana ini untuk simpanan persaraan anda.

 

5. Asingkan Pendapatan untuk Insurans Aset

Selain kesihatan, perkara di luar jangkaan juga boleh berlaku terhadap aset anda sekiranya anda tidak bersedia.

 

Aset merupakan salah satu bahagian penting dalam kelangsungan hidup.

 

Jika anda tidak bersedia untuk menghadapi situasi sebegini, besar kemungkinan semakin banyak dana persaraan yang disimpan akan digunakan melebihi jangkaan pengiraan anda.

 

Penyediaan insurans untuk aset yang dimiliki seperti kenderaan merupakan penyelesaian dalam menjamin dan memastikan keselamatan aset daripada sebarang risiko.

 

Kenderaan seperti kereta atau motosikal penting dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Apabila anda bersara nanti, anda mungkin tidak mahu wang anda dihabiskan untuk menanggung kerugian besar akibat kemalangan, kerosakan atau kehilangan kereta.

 

Oleh sebab itu, anda memerlukan perlindungan aset seperti insurans kereta atau motosikal.

 


 

qoala

 

 

Qoala sebagai syarikat InsurTech telah bekerjasama dengan lebih 30 syarikat insurans terkemuka untuk membangunkan produk insurans kereta atau motosikal terbaik yang boleh diakses melalui aplikasi Qoala dan laman web Qoala di www.qoala.app/my.

 

Qoala menyediakan perkhidmatan penyerahan polisi yang boleh diakses dengan mudah untuk membantu pelanggan memilih dan membandingkan pelbagai produk insurans.

 

Ia sekali gus memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pilihan insurans terbaik pada harga premium yang berpatutan dan proses pendaftaran dan pembelian yang cepat tanpa perlu melakukan sebarang tinjauan.

 

Pelanggan juga tidak perlu risau tentang proses tuntutan kerana semuanya boleh dilakukan di hujung jari melalui aplikasi Qoala, dan akan turut dibantu oleh pasukan Qoala. – DagangNews.com

 

CALVIN TENG merupakan Pengurus Negara Qoala bagi Malaysia