Segmen AI, EV dan pusat data diunjur tingkatkan jualan sektor semikonduktor - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Segmen AI, EV dan pusat data diunjur tingkatkan jualan sektor semikonduktor - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Julai - Jumlah jualan sektor semikonduktor dijangka berkembang pada pendapatan teras tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 8.9% dipacu oleh sektor baharu muncul seperti kecerdasan buatan (AI), perkomputeran berprestasi tinggi (HPC), pusat data dan kenderaan elektrik (EV).

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) yang menjalankan kajian bersama Bloomberg Intelligence (BI) berkata, bagaimanapun, jumlah jualan dalam sektor itu akan terus dikuasai segmen elektronik pengguna (komputer peribadi dan telefon pintar).

 

"Jumlah jualan semikonduktor diunjurkan mencecah lebih AS$800 bilion (RM3.7 trillion) menjelang 2027, pertumbuhan kukuh 53% daripada AS$525 bilion (RM2.47 bilion) pada 2023.

 

"Jualan pembuatan semikonduktor global akan berkembang lebih cepat (32%) daripada keseluruhan jualan sektor semikonduktor (28%) menjelang 2027 (dari 2024)," katanya dalam saru nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, bahagian terbesar perbelanjaan n pembuatan semikonduktor adalah peralatan, yang menyumbang 36% kepada jumlah jualan pembuatan pada 2023.

 

Katanya, penerima manfaat daripada pertumbuna itu adalah peralatan pengeluaran semikonduktor seperti ASML Holding Bhd, Applied Materials Inc, KLA Corp dan Lam Research Corp. 

 

Katanya, pembangunan nod yang lebih kecil daripada 2nm juga sudah mencapai had fizikal.

 

"Pembungkusan lanjutan membolehkan penyepaduan cip jenis berbeza dalam satu pakej, menawarkan cara untuk meningkatkan prestasi dengan menggabungkan proses sedia ada pada kos yang lebih rendah," katanya.

 

Sementara itu, Maybank IB berkata, bahagian pasaran China dalam kapasiti nod matang (>28nm) diramalkan meningkat dengan ketara kepada 34% pada 2032 kerana negara itu sedang membina bekalan domestiknya untuk mengurangkan kebergantungan kepada cip asing selepas menghadapi sekatan eksport dari Amerika Syarikat (AS).

 

Katanya, pepanjang dekad akan datang, kemasukan ketara cip nod matang Cina boleh membawa kepada perang harga dalam subsegmen nod matang.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' untuk sektor teknologi," katanya. - DagangNews.com