Oleh NABILA YASMIN RAZIB
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Penganalisis mula menyuarakan kebimbangan terhadap bagaimana bank digital mampu menjadi kompetitif terutamanya dalam menawarkan kadar deposit kepada pelanggan.
Menurut Kenanga Research, ini kerana bank-bank digital boleh menawarkan pengalaman interaktif dengan menawarkan harga yang lebih baik selaras dengan matlamat simpanan pelanggan masing-masing.
"Dari segi pinjaman, kami percaya mungkin ada sedikit gangguan kerana bank digital dijangka memberi fokus untuk memenuhi pasaran sasarannya sendiri, sekurang-kurangnya untuk tiga tahun pertama.
"Dalam jangka masa yang lebih panjang, ada kemungkinan bahawa bank digital yang berjaya dan menguntungkan dapat mengancam kedudukan bank tradisional dan mungkin membawa kepada penyatuan industri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada bulan Disember 2020, Bank Negara melancarkan "Kerangka Perlesenan untuk Bank Digital" pertamanya untuk menentukan syarat utaman bagi sektor perbankan digital.
Sehingga Jun 2021, terdapat sejumlah 29 peserta yang bersaing untuk merebut satu daripada lima lesen perbankan digital yang ditawarkan.
Sementara itu Kenanga Research mengekalkan panggilan NEUTRAL terhadap sektor perbankan.
Ujarnyam kadar vaksinasi negara yang semakin meningkat memberi signal yang baik untuk pembukaan ekonomi.
"Ini menguatkan lagi jangkaan pertumbuhan sistem pinjaman pada kadar 3-4% untuk tahun ini.
" Di samping itu, moratorium tiga bulan kepada golongan B50 dijangka tidak memberi kesan kepada bang kerana gabungan keseluruhannya mungkin kurang
daripada 30% daripada jumlah bantuan," katanya. -DagangNews.com