Sejumlah 65.8 juta saham MQ Technology dipengerusikan anak Zahid Hamidi bertukar tangan semasa sesi dagangan petang | DagangNews Skip to main content

Sejumlah 65.8 juta saham MQ Technology dipengerusikan anak Zahid Hamidi bertukar tangan semasa sesi dagangan petang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Julai - Saham MQ Technology, syarikat yang dipengerusikan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meningkat 50% semasa dagangan sesi petang.

 

Pada pukul 2.57 petang, saham kumpulan itu didagangkan pada 1.5 sen dengan 65.8 juta saham telah bertukar tangan.

 

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah menjadi pengerusi syarikat sejak Disember 2022.

 

Kerugian bersih syarikat itu mengecil kepada RM1.74 juta pada suku kedua berakhir 31 Mac 2024 berbanding kerugian RM3.3 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Dalam pengumuman keputusan terakhirnya, syarikat itu berkata perniagaan komponen perkakasan dan ketepatannya akan kekal sebagai perniagaan terasnya untuk tahun kewangan 2024. 

 

Katanya, perniagaan itu berada di landasan yang baik tetapi pemulihan berjalan dengan perlahan. - DagangNews.com