Sektor logistik dijangka terus berkembang pesat dipacu ledakan e-dagang domestik - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Sektor logistik dijangka terus berkembang pesat dipacu ledakan e-dagang domestik - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 April - Kenanga Research menjangkakan sektor logistik akan terus berkembang pesat dengan ledakan e-dagang domestik dan kurang terdedah dengan cabaran luar.

 

Firma itu berkata, pakar industri mengunjurkan jumlah dagangan kasar e-dagang domestik berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) 11% bermula 2022 hingga 2027.

 

"Perkembangan pesat e-dagang akan merangsang permintaan untuk hab pengedaran dan gudang simpanan bagi membolehkan penghantaran tepat pada masanya, selain membawa pengilang lebih dekat kepada pelanggan akhir.

 

"Sistem automasi yang cekap termasuk kesalinghubungan dengan sistem pelanggan dan desentralisasi gudang untuk mengurangkan kos pengangkutan dan mengurangkan risiko rantaian bekalan,” katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, terdapat juga permintaan yang kukuh untuk gudang penyimpanan sejuk disokong kedai runcit pemula secara dalam talian.

 

Katanya, Pertubuhan Perdagangan Dunia mengunjurkan jumlah perdagangan barangan global berkembang sebanyak 1% tahun ini, berbanding 3.5% yang dicatatkan tahun lepas.

 

“Selain itu, keyakinan dan perbelanjaan pengguna di peringkat global berkemungkinan besar akan menjejaskan inflasi yang meningkat yang mampan, kadar faedah yang meningkat dan ekonomi global yang perlahan," katanya.

 

Firma itu berkata, isu-isu berkenaan bukan sesuatu yang positif untuk pengendali pelabuhan seperti Westports Holdings Berhad namun Bintulu Ports Holdings Berhad dijangka dapat mengharungi cabaran makro ini.

 

“Pelabuhan Bintulu akan dapat mengharungi cabaran ini dengan lebih baik, berkat operasinya yang stabil dalam pengendalian kargo gas asli cecair, potensi kenaikan tarif di pelabuhan itu selain potensi pertumbuhan jangka panjang kawasan pedalaman Pelabuhan Perindustrian Samalaju di Sarawak, didorong oleh pelaburan yang semakin meningkat dalam industri berat,” tambahnya.

 

Selain itu, peraturan yang lebih ketat mengenai pelepasan karbon mungkin menimbulkan cabaran baharu kepada perdagangan global, terutamanya, satu daripada Pertubuhan Maritim Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan satu lagi daripada Kesatuan Eropah (EU).

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral'  untuk sektor berkenaan. - DagangNews.com