Sektor pembuatan diunjur terus berkembang selaras kemajuan ekonomi | DagangNews Skip to main content

Sektor pembuatan diunjur terus berkembang selaras kemajuan ekonomi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Sept - Sektor pengeluaran akan terus berkembang selaras dengan kemajuan ekonomi kebanyakan negara selepas berada di penghujung fasa pandemik.

 

Kenanga Research berkata, pengeluar produk plastik dijangka menerima manfaat daripada perkembangan margin keuntungan kesan daripada penurunan harga resin selaras dengan penurunan harga minyak global.

 

Katanya, harga barangan plastik terutamanya di dalam segmen premium akan bertahan lebih lama.

 

"Permintaan terhadap alat ganti kenderaan dijangka kekal stabil disokong oleh jualan kenderaan yang kukuh dalam tempoh enam hingga sembila bulan akan datang terutama selepas pembeli menerima penghantaraan kenderaan sebelum 31 Mac 2023 bagi menikmati pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

 

"Permintaan untuk penggunaan dandang bagi pemain industri minyak sawit juga kekal stabil disokong harga minyak sawit mentah yang stabil," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, terdapat peningkatan (berbanding unjuran) untuk keputusan 2QCY22 dengan 67% dan 33% masing-masing berada di bawah unjuran berbanding 50% pada suku sebelumnya.

 

Katanya, daripada enam syarikat pembuatan di bawah liputan mereka, kesemuanya menerpi unjuran yang dibuat kecuali SLP Resources Berhad (produktiviti rendah akibat kekurangan tenaga pekerja) dan Scientex Berhad (margin keuntungan terjejas akibat gangguan rantaian bekalan dan kos ibput tinggi).

 

"Keputusan itu menunjukkan peningkatan produktiviti dan peningkatan permintaan (untuk pembungkusan makanan, pembungkusan industri, alat ganti automotif dan dandang) apabila ekonomi dibuka semula.

 

"Keputusannya juga mendedahkan pengembangan purata harga jualan (ASP) disebabkan penolakan kos (berbanding permintaan) terutamanya, kos input yang lebih tinggi (contohnya, resin untuk produk plastik) dan kos tenaga pekerja (selepas kenaikan gaji minimum).

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor itu dengan Thong Guan Industries berhad menjadi pilihan utama kerana permintaan yang kukuh untuk produknya selain ASP yang lebih baik untuk barangan bukan komoditi.

 

"Pelan pengembangan kapasitinya adalah untuk menampung pembuatan produk premium dan syarikat itu juga kekal kompetitif dalam pasaran eksport disebalik kelemahan ringgit," katanya. - DagangNews.com