Shell, Porcshe umumkan permulaan operasi stesen pengecasan EV di Tangkak | DagangNews Skip to main content

Shell, Porcshe umumkan permulaan operasi stesen pengecasan EV di Tangkak

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jan - Shell dan Porsche Asia Pasifik hari ini mengumumkan permulaan operasi stesen pengecasan prestasi tinggi (HPC) di Tangkak, Johor bagi membolehkan orang ramai mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Lebuh Raya Utara-Selatan.

 

Pembukan stesen HPC itu menandakan pembinaan 12 lokasi pengecasan di enam stesen Shell yang berada di sepanjang lebuh raya berkenaan.

 

Naib Presiden Kanan Mobiliti - Timur Shell, Amr Adel berkata, program pelepasan sifar karbon merupakan cabaran global yang memerlukan kerjasama serantau selain kepelbagaian penyelesaian.

 

"Kerjasama kami dengan Porsche berjaya memenuhi keperluan pelanggan EV menerusi inisiatif Kemajuan Tenaga dalam mencapai misi pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

 

"Bersama Porsche, kami akan bekerjasama untuk memperbaiki kemudahan pengecasan EV merentasi tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Pengarah Perniagaan Baharu Porsche Asia Pasifik, Dr. Henrik Dreier berkata, pihaknya sentiasa komited dalam mencapai misi neutral karbon dalam rantaian nilai syarikat di rantau Asia Pasifik menjelang 2030.

 

shell

 

"Jalinan kerjasama dengan Shell merupaka kemampanan objektif dan akan memberikan penyelesaian pengecasan kepada pemilik EV terutama kepada pemilik kenderaan Porsche.

 

"Menerusi rangkaian pengecasan prestasi tinggi ini, kami berhasrat meneruskan misi kami iaitu pemanduan jarak jauh merentasi sempadan dengan pelepas karbon sifar," katanya.

 

Semua pelanggan EV boleh menggunakan rankaian HPC menerusi kaedah guna dan bayar atau pelan keahlian eksklusif dengan membuat tempahan melalui aplikasi dalam talian.

 

Menerusi kerjasama itu, enam stesen Shell akan dilengkapi dengan pengecas aliran terus (DC) 180 kilowatt (kW) dan bakal menawarkan pengecasan pantas di Malaysia dan akan diperluaskan ke Bangkok dan Singapura.

 

Menerusi sistem pengecasan pantas itu ia akan menyingkatkan masa menunggu, sebagai contoh kapasiti bateri Porsche Taycan daripada 0% kepada 80% dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan pemilik kenderaan memandu sejauh 390 kilometer (km). - DagangNews.com