Silverlake Axis umum pelantikan Chia Yong Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Profesional | DagangNews Skip to main content

Silverlake Axis umum pelantikan Chia Yong Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Profesional

Chia Yong Wei
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Feb - Silverlake Axis Ltd. (SAL) mengumumkan bahawa pelantikan Chia Yong Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Profesional bagi memantau pelaksanaan dan perkehidmatan penyelesaian serta perkhidmatan.

 

Selain itu,beliau juga akan memacu pertumbuhan dan hubungan pelanggan kembali tahun kewangan SAL yang paling kukuh dalam sejarah, dengan jumlah hasil dicatatkan pada RM736.5 juta.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Andrew Tan Teik Wi berkata, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran Yong Wei dan berharap beliau berjaya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Profesional.

 

"Dengan pengalaman yang dimiliki dalam memacu kemajuan dalam syarikat teknologi, beliau diyakini boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan dan perkembangan kumpulan ke tahap yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Yong Wei mempunyai pengalaman luas dalam mengubah serta membina perniagaan yang mampan dan mahir dalam memupuk hubungan yang kukuh dengan rakan kongsi selain menghasilkan pertumbuhan kewangan berskala besar.

 

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari University of London Queen Mary College di United Kingdom (UK).

 

Sebelum ini, beliau memainkan peranan penting dalam Accenture sebelum beliau berpindah menjadi Ketua ICT AirAsia.

 

Sebelum menyertai Silverlake Axis, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Microlink Solutions Berhad. 

 

Yong Wei juga menyediakan kepimpinan eksekutif dalam memastikan pelantikan Omesti sebagai Authorized System Integrator (ASI) Huawei di peringkat global.

 

Beliau juga mengetuai pengembangan mereka ke rantau Asia Barat bagi mewujudkan pertumbuhan dan peluang yang ketara.

 

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Profesional, Yong Wei akan bekerjasama dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi mengoptimumkan proses dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. - DagangNews.com