SNS Network Technology jalin kerjasama dengan Agmo Studio teroka bidang AI generatif | DagangNews Skip to main content

SNS Network Technology jalin kerjasama dengan Agmo Studio teroka bidang AI generatif

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - SNS Network Technology Bhd menerusi SNS Network (M) Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agmo Studio Sdn Bhd bagi meneroka peluang perniagaan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) generatif. 

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, jalinan kerjasama itu memberi tumpuan kepada dua bahagian iaitu pelancaran bersama transformasi dgital pertama Malaysia sebagai perkhidmatan (DXaaS atau DTaaS) bagi AI generatif.

 

Selain itu ia juga melibatkan promosi, pemasaran dan penjualan perkhidmatan tersebut kepada pangkalan pelanggan masing-masing.

 

"MoU antara kedua-dua pihak itu boleh ditamatkan jika tidak dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau atas persetujuan bersama. 

 

"Ia berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dan kekal sah untuk tempoh satu tahun atau sehingga pihak-pihak membuat perjanjian muktamad yang menggantikan MoU, yang mana lebih awal," katanya.

 

Perjanjian itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 (FY25).

 

MoU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan kumpulan bagi FY25.

 

"Kumpulan itu tidak dijangka berdepan sebarang risiko daripada perjanjian itu atau memberi kesan kepada keadaan kewangan kumpulan apabila kerjasama itu bermula," katanya. - DagangNews.com