Solarvest sasar projek solar 200MWp atas bumbung di luar negara pada FY25 - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Solarvest sasar projek solar 200MWp atas bumbung di luar negara pada FY25 - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Julai - Solarvest Holdings Bhd menyasarkan projek pemasangan solar 200MWp atas bumbung dan projek berskala besar di luar negara pada FY25, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Katanya, kumpulan itu telah memperoleh kumulatif 23.5MWp projek luar negara pada FY24.

 

"Solarvest juga mempunyai buku tender 2.04GW untuk projek luar negara pada akhir Mei 2024.

 

"Pada Jun 2024, kumpulan itu mengumumkan kerjasama strategik dengan GreenRock Energy, pemain industri tenaga boleh diperbaharui (RE) Taiwan, yang menyasarkan projek RE 1GW dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERAKITAN: Solarvest, GreenRock Energy jalin kerjasama strategik percepat pembangunan rumusan RE di Taiwan dan Malaysia

 

Firma penyelidikan itu berkata, buku pesanan tertunggak kumpulan sebanyak RM242 jutapada akhir FY24 memberikan keterlihatan pendapatan sehingga FY25 dan boleh diteruskan sehingga FY26 daripada kerja-kerja perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPCC) bagi Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).
 

Katanya, mereka meramalkan pendapatan kumpulan itu selepas mengaitkan kemenangan kerja sebanyak RM1 bilion pada FY25.

 

Dengan penyiapan kesemua 11 projek loji solar berskala besar (LSS4), kumpulan itu menjangkakan anugerah projek EPCC CGPP dengan jangkaan kapasiti 443MWp.

 

"Selain CGPP, buku pesanan EPCC Solarvest boleh berkembang lagi untuk memasukkan projek komersial & perindustrian (C&I) dengan sasaran penambahan semula sebanyak RM50 juta/suku tahun.

 

"Kami juga menantikan penyertaan Solarvest dalam kuota RE baharu 2GW di bawah LSS5 untuk mengembangkan buku pesanan dan asas asetnya," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.84 sesaham.- DagangNews.com