SSM lanjut tempoh pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 sehingga 31 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

SSM lanjut tempoh pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 sehingga 31 Disember 2022

KUALA LUMPUR 31 Okt - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 November hingga 31 Disember 2022.

 

Melalui insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

 

SSM berkata, lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberikan lebih masa untuk syarikat mengambil tindakan bagi mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

 

"Insentif ini telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022 sebelum dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2022," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

SSM berkata, semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia, dan secara dalam talian melalui pautan e-Kompaun atau di pautan portal EzBiz Online.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel enquiry@ssm.com.my. - DagangNews.com