Stok minyak sawit Malaysia turun 4.09% pada Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

Stok minyak sawit Malaysia turun 4.09% pada Disember 2022

KUALA LUMPUR 10 Jan - Stok minyak sawit Malaysia turun 4.09% kepada 2.19 juta tan metrik pada Disember tahun lepas daripada 2.29 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

 

Lembaga Minyak Sawit Mentah Malaysia (MPOB), dalam laporan prestasinya bagi Disember 2022 berkata stok minyak sawit mentah (MSM) turun sebanyak 0.87% kepada 1.29 juta tan metrik pada Disember daripada 1.30 juta tan metrik pada November 2022.

 

Stok minyak sawit diproses susut 8.36% kepada 902,643 tan metrik daripada 984,936 tan metrik sebelumnya.

 

Pengeluaran MSM turun 3.68% kepada 1.62 juta tan metrik pada Disember daripada 1.68 juta tan metrik pada November manakala pengeluaran isirung sawit susut 2% kepada 399,446 tan metrik.

 

“Eksport minyak sawit berkurangan sebanyak 3.48% kepada Disember kepada 1.47 juta metrik daripada 1.52 juta tan metrik pada November 2022 manakala eksport oleokimia naik 0.19% kepada 228,018 tan metrik berbanding 227,576 tan metrik,” katanya, lapor Bernama.

 

MPOB berkata eksport biodiesel pada Disember susut 17.14% kepada 15,002 tan metrik daripada bulan sebelumnya manakala eksport dedak isirung sawit meningkat 22.45% kepada 222,427 tan metrik daripada 181,642 tan metrik.

 

Eksport minyak isirung sawit melonjak 70.70% pada Disember 2022 kepada 134,429 tan metrik daripada November 2022.

 

Import MSM pada Disember 2022 meningkat 34.52% bulan ke bulan kepada 15,453 tan metrik berbanding 11,488 tan metrik pada bulan sebelumnya manakala jumlah import minyak sawit naik 0.14% kepada 47,114 tan metrik daripada bulan sebelumnya. - DagangNews.com