Straits Trading, IHG jalin kersama bangunkan Crowne Plaza Hotels & Resort di Butterworth | DagangNews Skip to main content

Straits Trading, IHG jalin kersama bangunkan Crowne Plaza Hotels & Resort di Butterworth

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Julai - The Straits Trading Company Limited menjalinkan kerjasama dengan IHG Hotels & Resorts untuk membawa Crowne Plaza Hotels & Resort di Straits City, Butterworth. 

 

Jalinan kerjasama itu melibatkan anak syarikat Straits Trading, STC Property Management Sdn. Bhd. yang merupakan pemaju utama Straits City dan IHG. 

 

Hotel The Crowne Plaza Penang Butterworth Straits City akan mempunyai 343 bilik di atas 23 tingkat dengan keluasan bersih yang boleh disewakan kira-kira 41,823 kaki persegi

 

Hotel itu akan dilengkapi podium runcit merangkumi kemudahan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), menjadikannya kawasan ideal untuk menganjurkan sesebuah acara.

 

Hotel The Crowne Plaza Penang merupakan fasa pertama pembangunan Straits City.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Starit Developments Pte. Ltd., Eric Teng berkata,  pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan IHG untuk membawa masuk hotel Crowne Plaza pertama ke Pulau Pinang.

 

"Dengan menyasarkan segmen pengembaraan perniagaan mewah, Crowne Plaza Penang akan menawarkan pengalaman perniagaan yang kukuh untuk pengembara moden," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Di atas tanah berkeluasan pelan induk seluas 40 ekar,  Straits City adalah pembangunan bersama oleh Straits Trading dan Malaysia Smelting Corporation Berhad yang disasarkan untuk menjadi bandar masa hadapan yang merangkumi kawasan pembangunan bercampur seperi hartanah, runcit, hotel dan komersial.

 

Hotel itu dijadualkan dibuka pada 3QFY23 dengan Straits Trading akan meneruskan baki fasa pembangunan yang melibatkan blok runcit, komersial dan kediaman yang keseluruhannya siap sepenuhnya menjelang 2038. - DagangNews.com