Sultan Kelantan miliki 15.9% kepentingan HeiTech Padu, Farhash Wafa jelaskan isu saham | DagangNews Skip to main content

Sultan Kelantan miliki 15.9% kepentingan HeiTech Padu, Farhash Wafa jelaskan isu saham

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) manakala Datuk Farhash Wafa Salvador (kiri).
Oleh M. HERMAN HAMID dan DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 19 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V muncul sebagai pemegang saham terbesar di dalam Heitech Padu Berhad iaitu sebanyak 15.9% kepentingan.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu mengumumkan bahawa baginda telah membeli 16.1 juta saham yang diperoleh menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd, anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd.

 

Sementara itu, ahli perniagaan, Datuk Farhash Wafa Salvador menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

 

Bekas pemimpin PKR itu berkata, Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan penuh syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd yang mana ia dimiliki bersama dengan Sultan Muhammad V, bukannya milik mutlaknya sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

 

 

 

 

"Saya merujuk kepada beberapa artikel di portal berita terkait pemilikan pegangan saham HeiTech Padu Bhd yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

 

"Saya ingin jelaskan bahawa pegangan saham yang saya miliki dalam HeiTech Padu melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersama Sultan Muhammad V.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Rosetta Partners muncul sebagai pemegang saham besar HeiTech Padu

 

hei

 

"Pemilikan saham ini juga adalah sebahagian daripada strategi pelaburan antara Sultan Muhammad V dan saya untuk membantu syarikat Bumiputera," jelasnya.

 

Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa beliau tidak sesekali terbabit dengan mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan dan aktiviti politik. 

 

"Fokus penuh saya ketika ini adalah pada bidang perniagaan dan korporat," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan mengenai dakwaan mengenai kepentingannya dalam sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan teknologi.- DagangNews.com